Make your own free website on Tripod.com

OBJEKTIF DAN PERANAN URUSETIA INOVASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU


1. Objektif
1.1 Objektif Am
1.2 Objektif Khas
2. Skop Peranan Urusetia

1.1 Objektif Am

Untuk menggalakkan anggota memupuk daya kreatif melalui inovasi di dalam mempertingkatkan prestasi perkhidmatan di jabatan dan organisasi.

Kembali ke atas


1.2 Objektif Khas

1.2.1 Untuk memberikan pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang inovatif di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

1.2.2 Untuk menyebarkan maklumat berkaitan isu inovasi dan projek inovasi yang telah dihasilkan oleh organisasi atau jabatan di dalam luar negara.

1.2.3 Untuk mengesyorkan hasil inovasi yang ada digunakan di lain tempat supaya setiap inovasi dimanfaatkan sepenuhnya.

1.2.4 Untuk menyelaras pertandingan inovasi di peringkat jabatan dan mengesyorkan pencalonan di peringkat kebangsaan.

Kembali ke atas


2. Skop Peranan Urusetia

2.1 Sebagai badan penasihat di dalam menilai projek inovasi di peringkat jabatan.

2.2 Merancang penggunaan/terima pakai hasil inovasi sesuatu organisasi yang berjaya oleh organisasi yang lain.

2.3 Menyelaras dan merancang aktiviti inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

2.4 Menjadi badan koordinasi di antara negeri dan kebangsaan berkaitan inovasi.

Kembali ke atas


[inovasi-jknt]